Skip to content

Seksyen 28

Kuasa Menteri untuk melantik jawatankuasa rayuan

of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987

ActIn forceProvision 41 of 81
Seksyen 28
(1)

Menteri boleh, jika difikirkannya patut berbuat demikian, melantik suatu jawatankuasa terdiri daripada dua orang atau lebih untuk menimbang sesuatu rayuan di bawah seksyen 27 dan untuk membuat syor kepada Menteri mengenai rayuan itu.

(2)

Menteri hendaklah memberi apa-apa pertimbangan yang difikirkannya patut mengenai syor jawatankuasa itu dalam mencapai keputusannya atas rayuan itu.