Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 · Updated to 10 Jul 2025 · Bahagian V · Rayuan
31. Kesahan lesen dilanjutkan dalam rayuan yang berjaya
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 17 dan 26A, jika Menteri meluluskan sepenuhnya sesuatu rayuan terhadap sesuatu perintah yang membatalkan sesuatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang diberikan di bawah Akta ini, kesahan lesen atau lesen perniagaan pengantaraan itu hendaklah sesudah itu dilanjutkan selama suatu tempoh yang bersamaan dengan tempoh yang lesen atau lesen perniagaan pengantaraan itu tidak mempunyai kuat kuasa dan tempoh lanjutan itu hendaklah dimasukkan ke dalam lesen atau lesen perniagaan pengantaraan dengan sewajarnya.
Larangan permohonan yang sama apabila permohonan terdahulu masih dalam rayuan