Seksyen 29
Perintah atas rayuan adalah mengikat
of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
Tertakluk pada Akta ini, dalam memberi keputusannya atas sesuatu rayuan di bawah seksyen 27, Menteri boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan
Lembaga selepas menimbangkan alasan bertulis keputusan itu sebagaimana yang dikemukakan oleh Lembaga kepadanya.
(2)
Keputusan Menteri atas rayuan itu hendaklah dicapai berasaskan dokumen berhubungan dengan rayuan itu dan tiada pendengaran lisan mengenai rayuan itu boleh diadakan.
(3)
Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah mengikat dan adalah muktamad dan konklusif.
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 334