Skip to content

Seksyen 32

Larangan permohonan yang sama apabila permohonan terdahulu masih dalam rayuan

of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987

ActIn forceProvision 45 of 81
Seksyen 32
(1)

Jika sesuatu permohonan dibuat di bawah Akta ini dan permohonan itu ditolak atau sebahagiannya sahaja diluluskan dan selepas itu pemohon merayu terhadap keputusan tersebut, dia tidaklah boleh kemudiannya membuat permohonan yang sama di bawah Akta ini berkenaan dengan kenderaan yang sama kelas dan jenis, tanpa mengira bilangan kenderaan yang dipohon, sehingga rayuan itu telah ditentukan atau diselesaikan oleh Menteri.

(2)

Dalam hal di mana lesen diberi sama ada hasil dari rayuan itu atau permohonan terkemudian, atau kedua-duanya, maka lesen yang diberikan itu hendaklah disifatkan terbatal.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 49