Skip to content

Seksyen 27

Tertakluk pada Akta ini, mana-mana orang—

of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987

ActIn forceProvision 40 of 81
Seksyen 27

(a)

yang menjadi pemohon untuk mendapatkan atau untuk memperbaharui sesuatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan di bawah Akta ini, yang terkilan dengan keputusan Lembaga atas permohonan itu, atau dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh Lembaga bagi sesuatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang telah diberikannya; atau

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 47

(b)

yang menjadi pemegang sesuatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang diberikan di bawah Akta ini, yang terkilan dengan pembatalan lesen atau lesen perniagaan pengantaraan itu, boleh, dalam masa sembilan puluh hari selepas penyampaian surat keputusan oleh Lembaga, atau bagi apa-apa tempoh yang lebih panjang yang ditetapkan oleh Menteri, merayu kepada Menteri secara bertulis terhadap keputusan tersebut dengan menyatakan alasan rayuan.