Seksyen 33
of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
Seksyen 33
Tertakluk pada Akta ini, tiada seorang pun boleh menggunakan sesuatu kenderaan motor atau menyebabkan atau membenarkan sesuatu kenderaan motor digunakan sebagai suatu kenderaan perkhidmatan awam melainkan jika ada berkuat kuasa berkenaan dengan kenderaan itu suatu lesen yang telah diberikan di bawah Akta ini yang membenarkan penggunaan sedemikian, atau dengan cara lain daripada yang dibenarkan oleh lesen itu dan apa-apa syarat yang dikenakan padanya; dan jika dia berbuat demikian, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya:
Dengan syarat bahawa seseorang tidak boleh disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini jika dia membuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa dia menggunakan kenderaan motor itu, yang menjadi subjek pertuduhan itu, sebagai teksi atau kereta sewa dalam sesuatu kecemasan bagi maksud mengangkut orang sakit atau cedera ke hospital atau untuk membawa bantuan perubatan kepada orang tersebut atau bagi maksud membuat laporan polis di balai polis dan bahawa dia telah membuat segala ikhtiar yang munasabah untuk menyewa suatu teksi atau kereta sewa bagi maksud perjalanan itu.
(2)
Bagi maksud Akta ini, subseksyen (1) tidak terpakai bagi kenderaan e-hailing.