Seksyen 51B
Penentuan berat kenderaan
of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
Adalah sah di sisi undang-undang bagi mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua
Pegawai Polis, atau mana-mana pegawai pengangkutan jalan yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah, atau mana-mana Pegawai Lembaga untuk menghendaki orang yang menjaga mana-mana kenderaan motor supaya membenarkan kenderaan motor itu ditimbang oleh pegawai itu, sama ada dengan muatan atau tanpa muatan, dan untuk menguji berat yang dipindahkan ke jalan oleh mana-mana bahagian kenderaan motor itu yang bersentuhan dengan jalan, dan bagi maksud itu, boleh dengan serta-merta menimbang kenderaan motor itu.
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 71
(2)
Apabila diminta oleh orang yang menjaga kenderaan motor itu, pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah, setelah selesai penimbangan kenderaan itu, mengeluarkan pendua atau salinan perakuan berkenaan dengan penimbangan itu kepada orang itu.
(3)
Mana-mana orang yang menjaga mana-mana kenderaan motor yang enggan atau gagal mematuhi kehendak di bawah subseksyen (1), atau mengalihkan muatannya atau mana-mana bahagiannya sebelum kenderaan motor itu ditimbang dengan sewajarnya, melakukan suatu kesalahan.
(4)
Adalah tidak sah di sisi undang-undang bagi mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk menghendaki orang yang menjaga kenderaan motor itu supaya memunggah muatan kenderaan motor itu bagi maksud menimbangnya tanpa muatan.