Skip to content

Seksyen 55

Menjadikan kontrak tidak sah

of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987

ActIn forceProvision 78 of 81
Seksyen 55

Apa-apa kontrak untuk membawa seorang penumpang dalam suatu kenderaan perkhidmatan awam, setakat mana ia bertujuan untuk menyangkal atau mengehadkan liabiliti mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa tuntutan yang mungkin sebaliknya dibuat secara sah terhadap orang itu berkenaan dengan kematian, atau kecederaan badan, kepada penumpang semasa dibawa di dalam, memasuki atau turun daripada kenderaan dibenarkan, atau bertujuan untuk mengenakan apa-apa syarat berkenaan dengan penguatkuasaan apa-apa liabiliti tersebut adalah tidak sah.