Skip to content

Seksyen 51A

Penahanan kenderaan

of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987

ActIn forceProvision 73 of 81
Seksyen 51A
(1)

Jika mana-mana pegawai polis berpakaian seragam atau pegawai pengangkutan jalan berpakaian seragam atau Pegawai

Lembaga mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa peruntukan Akta ini tidak dipatuhi berkenaan dengan mana-mana kenderaan motor, dia boleh menghendaki kenderaan itu diberhentikan dan boleh menghendaki pemandu kenderaan itu memandunya ke suatu tempat lain, dan kenderaan itu boleh, jika perlu, ditahan oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada sarjan atau mana-mana pegawai polis yang menjaga sesuatu balai polis bagi maksud pemeriksaan oleh seorang pegawai polis atau pegawai pengangkutan jalan atau Pegawai Lembaga bagi maksud menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.

(2)

Tiada kenderaan motor boleh ditahan di bawah seksyen ini selama tempoh yang melebihi empat puluh lapan jam.