Seksyen 52
Perizaban lesen atau lesen perniagaan pengantaraan
of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
Walau apa pun yang terkandung dalam Akta ini,
Yang di-Pertuan Agong boleh, dari semasa ke semasa melalui perintah, membuat apa-apa arahan kepada Lembaga sebagaimana yang dikehendaki bagi perizaban lesen atau lesen perniagaan pengantaraan untuk orang Melayu dan bumiputera dalam apa-apa kadar bagi lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang diberikan di bawah Akta ini sebagaimana yang Yang di-Pertuan Agong fikirkan munasabah dan
Lembaga hendaklah mematuhi arahan tersebut.
(2)
Suatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang diberikan oleh Lembaga kepada orang Melayu atau bumiputera menurut arahan yang diberi oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen (1), hendaklah mengandungi pengendorsan seperti berikut:
“Diberikan menurut arahan yang diberi di bawah subseksyen 52(1)
Akta
Lembaga
Pelesenan
Kenderaan
Perdagangan 1987”.
72 Undang-Undang Malaysia AKTA 334
Pengendorsan sedemikian hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa lesen atau lesen perniagaan pengantaraan tersebut telah diberi menurut arahan tersebut.
(3)
Lembaga boleh, berkenaan dengan mana-mana lesen atau lesen perniagaan pengantaraan yang diberi menurut arahan yang diberi di bawah subseksyen (1), mengenakan kepada lesen atau lesen perniagaan pengantaraan tersebut apa-apa syarat yang difikirkannya patut sebagai tambahan kepada syarat yang disebut dalam seksyen 19
atau subseksyen 26A(5).
(4)
Bagi maksud seksyen ini, ungkapan “orang Melayu” atau
“bumiputera” hendaklah termasuk sesuatu syarikat, persatuan, atau suatu kumpulan orang sama ada yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan, yang sebahagian majoriti modalnya dipunyai oleh, dan pengurusan dan pekerjanya adalah, orang Melayu atau bumiputera.