Skip to content

Seksyen 3A

Permainan tertentu tidak perlu dinyatakan atau dibuktikan

of Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953

ActIn forceProvision 4 of 38
Seksyen 3A
(1)

Jika seseorang dipertuduh bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 6 atau seksyen 7 Akta ini, maka adalah mencukupi bagi pihak pendakwa untuk hanya menyatakan bahawa orang yang dipertuduh itu telah didapati berjudi, tanpa menyatakan permainan tertentu yang dimainkan.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

(2)

Jika seseorang sedang dibicarakan bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 6 atau 7 Akta ini, maka adalah mencukupi bagi pihak pendakwa untuk hanya membuktikan bahawa permainan yang dimainkan itu adalah suatu permainan banker atau salah satu daripada permainan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, tanpa membuktikan permainan tertentu yang dimainkan.