Skip to content

Seksyen 9

Membeli tiket loteri

of Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953

ActIn forceProvision 12 of 38
Seksyen 9
(1)

Mana-mana orang yang sama ada dengan sendirinya atau melalui seseorang ejen membayar atau mendepositkan apa-apa wang atau nilaian wang kepada atau dengan mana-mana orang yang terlibat dalam urusan suatu rumah perjudian terbuka sebagai suatu tagan atau bagi atau berkenaan dengan apa-apa kejadian atau kontingensi berkaitan dengan loteri awam atau membeli tiket loteri melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, *didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2)

Seseorang yang dalam milikannya sesuatu tiket loteri didapati hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai telah membeli tiket loteri itu.

(3)

Tiap-tiap tiket loteri yang dibawa atau diperkenalkan ke dalam atau berada di dalam Persekutuan hendaklah dilucuthakkan kepada

Kerajaan dan ia adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pegawai polis atau pekhidmat awam yang lain untuk menyita tiap-tiap tiket sedemikian di mana jua didapati.