Act of Parliament · Updated to 1 Apr 2014
Common Gaming Houses Act 1953
Feedback & supportSuppressing common gaming houses, public gaming and public lotteriesLong title
Suatu Akta yang berhubungan dengan penghapusan rumah perjudian terbuka, judi awam dan loteri awam.
In force · Updated to 1 Apr 2014
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Rumah Perjudian
Terbuka 1953.
Akta ini *terpakai bagi **Semenanjung Malaysia sahaja.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain–
“judi” dengan variasi gramatis dan ungkapan seasalnya ertinya bermain apa-apa permainan nasib atau permainan campur nasib dan kemahiran untuk wang atau nilaian wang dan termasuk bermain apa-apa permainan yang dinyatakan dalam Ruang 1 Jadual Pertama dan Kedua dan permainan atau pengendalian apa-apa mesin judi;
*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak—lihat P. U. (A) 377/1991 m.b.p 15 April 1992 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan—lihat P.U. (A) 376/1991 m.b.p 15 April 1992.
** CATATAN —Semua rujukan kepada “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada
“Semenanjung Malaysia”– lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 289
“Ketua Polis Daerah” ertinya mana-mana pegawai polis yang dilantik oleh Ketua Polis Negara di bawah perenggan 6(b) Akta Polis 1967 [Akta 344];
“loteri” termasuklah apa-apa permainan, kaedah atau peranti yang dengannya wang atau nilaian wang dibahagikan atau diuntukkan mengikut apa-apa cara yang bergantung kepada atau hendak ditentukan oleh nasib atau dengan cara lot, sama ada loteri itu diadakan, dicabut, dijalankan atau diuruskan di dalam atau di luar
Persekutuan;
“loteri awam” ertinya loteri yang orang awam atau mana-mana golongan orang awam ada atau boleh mendapat akses, dan tiap-tiap loteri hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai loteri awam;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengawalseliaan loteri;
“mesin judi” ertinya apa-apa mesin atau peranti mekanikal, elektrik atau elektronik (termasuk apa-apa program komputer yang digunakan dalam mesin dan peranti itu), sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya dikendalikan secara mekanikal, elektrik atau elektronik, yang direka sedemikian atau yang telah disesuaikan sedemikian bahawa—
ia boleh digunakan bagi maksud bermain permainan nasib atau permainan campuran nasib dan kemahiran; dan
akibat daripada permainan atau pengendalian mesin atau peranti, kemenangan dalam bentuk wang atau nilai wang yang boleh menjadi kena dibayar;
“Pegawai Kanan Polis” ertinya mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor;
“pemegang lesen”, berhubung dengan pembekalan tenaga, ertinya orang yang dilesenkan di bawah seksyen 9 Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] atau pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah
Rumah Perjudian Terbuka 7
seksyen 4 Ordinan Elektrik Sarawak [Sarawak Bab 137], mengikut kehendak keadaan;
“pengendali mesin judi” ertinya mana-mana orang yang—
memiliki, menguruskan atau menyenggarakan mesin judi;
mempunyai dalam jagaannya atau di bawah kawalannya suatu mesin judi; atau
dalam apa-apa cara membantu dalam pengurusan atau penyenggaraan mesin judi;
“permainan banker” ertinya apa-apa permainan yang dinyatakan dalam Ruang 1 Jadual Pertama;
“pihak berkuasa bekalan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik 1990;
“rumah perjudian terbuka” termasuklah—
mana-mana tempat yang diselenggarakan atau digunakan untuk perjudian yang orang awam atau mana-mana golongan orang awam ada atau boleh mendapat akses;
mana-mana tempat yang diselenggarakan untuk perjudian secara lazimnya, sama ada atau tidak orang awam atau mana-mana golongan orang awam ada atau boleh mendapat akses kepadanya;
mana-mana tempat yang diselenggarakan atau digunakan bagi maksud loteri awam;
mana-mana tempat (termasuk tempat yang dipunyai, diduduki, dimiliki, diselenggarakan, digunakan atau disenggarakan oleh mana-mana pertubuhan atau mana-mana organisasi lain, badan atau kumpulan orang sama ada atau tidak pertubuhan, organisasi, badan atau kumpulan itu ditubuhkan melalui atau di bawah mana-mana undang-undang)—
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 289
di mana lapan orang atau lebih sedang berjudi;
di mana apa-apa permainan banker sedang dimainkan; atau
di mana perjudian sedang dimainkan dan baginya bayaran dibuat oleh mana-mana orang kepada mana-mana pertubuhan, organisasi, badan atau kumpulan orang atau mana-mana orang lain sebagai balasan bagi membenarkan perjudian di tempat itu;
“Semenanjung
Malaysia”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan;
“tempat’ ertinya mana-mana rumah, pejabat, bilik atau bangunan dan mana-mana tempat atau kawasan, sama ada terbuka atau tertutup, dan termasuklah sesuatu kapal, perahu atau vesel lain, sama ada terapung atau tidak, dan mana-mana kenderaan;
sesuatu tempat di mana tiket loteri ditawarkan untuk jualan, dijual atau dibahagikan hendaklah disifatkan sebagai “digunakan bagi maksud loteri awam”;
sesuatu tempat hendaklah disifatkan sebagai “digunakan” bagi sesuatu maksud jika ia digunakan bagi maksud itu walaupun hanya sekali sahaja;
tiap-tiap orang yang mendemis atau menyewakan sesuatu tempat untuk sewaan hendaklah disifatkan “pemunya” tempat itu;
ungkapan “alatan atau perkakas bagi perjudian” termasuklah semua barang atau bahagiannya yang dinyatakan dalam Ruang 2 Jadual
Pertama dan Kedua dan semua barang yang digunakan dalam atau bagi maksud perjudian atau loteri dan semua mesin judi;
“tenaga” mempunyai erti yang diberikan kepada “elektrik” dalam seksyen 2 Akta Bekalan Elektrik 1990 atau istilah itu dalam seksyen 2 Ordinan Elektrik Sarawak, mengikut kehendak keadaan;
Rumah Perjudian Terbuka 9
“tiket loteri” termasuklah apa-apa kertas atau angka atau tulisan atau simbol atau barang lain apa jua pun yang sama ada dengan nyata atau secara termaklum memberikan hak atau berupa memberikan hak kepada pemegang atau mana-mana orang lain untuk menerima apa-apa wang atau nilaian wang apabila berlakunya apa-apa kejadian atau kontingensi yang berkaitan dengan mana-mana loteri awam.
Menteri bolehlah dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta—
menetapkan apa-apa permainan, kaedah, peranti, skim atau pertandingan yang dinyatakan atau diperihalkan dalam pemberitahuan itu sebagai loteri bagi maksud Akta ini dan sesudah itu adalah menjadi suatu anggapan yang tidak boleh sangkal di sisi undang-undang bahawa permainan, kaedah, peranti, skim atau pertandingan itu adalah suatu loteri bagi maksud Akta ini;
(Dipotong oleh Akta A577).
Menteri bolehlah dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta memotong daripada, menambah kepada, atau selainnya meminda, Jadual Pertama atau Kedua.
s 3Kacau ganggu
Tiap-tiap rumah perjudian terbuka dengan ini diisytiharkan sebagai suatu kacau ganggu awam dan terbuka yang bertentangan dengan undang-undang.
Jika seseorang dipertuduh bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 6 atau seksyen 7 Akta ini, maka adalah mencukupi bagi pihak pendakwa untuk hanya menyatakan bahawa orang yang dipertuduh itu telah didapati berjudi, tanpa menyatakan permainan tertentu yang dimainkan.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 289
Jika seseorang sedang dibicarakan bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 6 atau 7 Akta ini, maka adalah mencukupi bagi pihak pendakwa untuk hanya membuktikan bahawa permainan yang dimainkan itu adalah suatu permainan banker atau salah satu daripada permainan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, tanpa membuktikan permainan tertentu yang dimainkan.
Mana-mana orang yang—
merupakan pemunya atau penghuni atau yang berhak menggunakan buat sementara waktu atau selainnya sesuatu tempat yang menyelenggarakan atau menggunakan tempat itu sebagai rumah perjudian terbuka;
atau
membenarkan sesuatu tempat yang tempat itu yang dia ialah pemunya atau penghuni atau yang menggunakan sesuatu tempat sebagai rumah perjudian terbuka secara sementara atau selainnya itu diselenggarakan atau digunakan oleh orang lain sebagai suatu rumah perjudian terbuka; atau
mempunyai jagaan atau pengurusan atau dengan apa-apa cara membantu dalam pengurusan sesuatu tempat yang diselenggarakan atau digunakan sebagai suatu rumah perjudian terbuka; atau
(dipotong oleh Akta A755);
mengumumkan atau menyiarkan atau menyebabkan diumumkan atau disiarkan sama ada secara lisan atau melalui apa-apa cetakan, tulisan, rupa bentuk, tanda atau selainnya bahawa mana-mana tempat dibuka, diselenggarakan, atau digunakan sebagai suatu rumah perjudian terbuka atau dengan apa-apa cara lain mempelawa atau mengajak mana-mana orang untuk melanggar seksyen 6 atau seksyen 9; atau
Rumah Perjudian Terbuka 11
menjalankan dalam atau melalui apa-apa akhbar atau apa-apa penerbitan berkala yang lain, atau berkaitan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan atau jualan apa-apa barang kepada orang awam—
apa-apa pertandingan yang menawarkan hadiah bagi ramalan tentang keputusan sama ada sesuatu kejadian yang bakal berlaku atau kejadian yang sudah berlaku yang keputusannya masih belum ditentukan atau belum lagi diketahui secara amnya; atau
apa-apa pertandingan lain yang kejayaannya tidak banyak bergantung pada penggunaan kemahiran, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, *didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun dan sebagai tambahan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap mesin judi yang disita.
Mana-mana orang yang menghuni atau berhak menggunakan buat sementara waktu sesuatu tempat yang diselenggarakan atau digunakan oleh orang lain sebagai suatu rumah perjudian terbuka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai membenarkan tempat itu diselenggarakan atau digunakan sedemikian.
Membantu dalam menjalankan loteri awam, dsb.
membantu dalam menjalankan sesuatu loteri awam;
*CATATAN—Sebelum ini “dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-dua”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990 [Akta A755].
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 289
menerima, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa wang atau nilaian wang bagi atau berkenaan dengan apa-apa nasib dalam apa-apa kejadian atau kontingensi berkaitan dengan sesuatu loteri awam atau menjual atau menawarkan untuk jualan atau memberi atau menyerahkan atau memungut apa-apa tiket loteri;
mencabut, membuang, mengisytiharkan atau mempamerkan, secara nyata atau selainnya, pemenang atau nombor yang menang, tiket, lot, angka, rupa bentuk, simbol atau keputusan lain apa-apa loteri awam; atau
menulis, mencetak atau menyiarkan atau menyebabkan ditulis, dicetak atau disiarkan apa-apa tiket loteri atau senarai hadiah atau apa-apa pengumuman tentang keputusan sesuatu loteri awam atau apa-apa pengumuman atau teka-teki yang berhubungan dengan sesuatu loteri awam, melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua ratus ribu ringgit dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun.
s 4BKesalahan yang berhubungan dengan urusan mesin judi
Mana-mana orang yang—
berurusan dengan atau dalam apa-apa cara jua membuat transaksi dalam, apa-apa mesin judi atau apa-apa bahagian apa-apa mesin judi atau apa-apa kepentingan daripada apa-apa jenis dalam mana-mana mesin judi atau apa-apa bahagian gantian bagi mana-mana mesin judi; atau
mengimport, mengilang, memasang, membekalkan, menjual, menyerah hak, menggadai, memajak, mengupah, memberikan perkhidmatan, membaiki, menyesuai atau mengubah suai, atau menjalankan apa-apa gabungan
Rumah Perjudian Terbuka 13
aktiviti itu yang berhubung dengan, mesin judi atau apa-apa bahagian mana-mana mesin judi atau mana-mana bahagian gantian bagi mana-mana mesin judi, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit bagi tiap-tiap mesin judi yang disita dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun.
s 5Mendahulukan atau memberikan wang bagi menubuhkan atau menjalankan urusan
Mana-mana orang yang mendahulukan atau memberikan wang bagi maksud menubuhkan atau menjalankan urusan sesuatu rumah perjudian terbuka atau bagi maksud sesuatu loteri awam atau yang mendapat keuntungan daripada penubuhan atau penjalanan urusan sedemikian melakukan sesuatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, *didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun.
s 6Berjudi dalam rumah perjudian terbuka
Mana-mana orang yang berjudi dalam suatu rumah perjudian terbuka melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
**didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Seseorang yang didapati dalam suatu rumah perjudian terbuka atau didapati melarikan diri dari suatu rumah perjudian terbuka apabila rumah itu dimasuki di bawah Akta ini hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai sedang atau telah berjudi di dalamnya.
*CATATAN—Sebelum ini “dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-dua”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990 [Akta A755].
**CATATAN—Sebelum ini “dua ribu ringgit”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990
[Akta A755].
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 289
Seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang didapati berjudi di mana-mana tempat awam dan boleh menyita semua alatan atau perkakas bagi perjudian yang didapati di tempat awam itu atau pada diri orang yang ditangkap di bawah seksyen ini.
Mana-mana orang yang berjudi di mana-mana tempat awam melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, *didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan semua alatan atau perkakas bagi perjudian yang disita di bawah seksyen ini boleh diisytiharkan oleh mahkamah yang di hadapannya sabitan itu didapatkan sebagai dilucuthakkan kepada Kerajaan dan hendaklah diperlakukan sewajarnya.
Jika apa-apa wang atau benda bernilai yang lain digunakan dalam memainkan apa-apa permainan nasib atau permainan campur nasib dan kemahiran atau dalam permainan atau pengendalian apa-apa mesin judi di mana-mana tempat awam, pemain itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai sedang atau telah berjudi.
Tafsiran
Dalam seksyen ini, ungkapan “tempat awam” termasuklah jalan awam, jalan raya, lorong, dan kawasan lapang, dan mana-mana tempat yang orang ramai ada atau boleh mendapat akses kepadanya.
*CATATAN— Sebelum ini “dua ribu ringgit”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990
[Akta A755].
Rumah Perjudian Terbuka 15
Mana-mana orang yang menghasut, menganjurkan atau dengan sengaja memudahkan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah seksyen 7 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
*didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua ratus ribu ringgit dan hendaklah juga dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun.
Mana-mana orang yang—
mendirikan, menyenggarakan, atau mengawal, atau membantu mendirikan, menyenggarakan, atau mengawal, mana-mana pondok, bangsal, khemah, atau bangunan atau lindungan lain apa jua pun yang di dalamnya suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 7
dilakukan;
membawa kepada, atau ada dalam milikannya pada atau dekat, suatu tempat di mana suatu kesalahan sedemikian seperti yang disebut terdahulu dilakukan, apa-apa alatan atau perkakas bagi perjudian; atau
berjaga-jaga untuk memberi amaran atau memberi amaran kepada orang yang melakukan suatu kesalahan sedemikian seperti yang disebut terdahulu tentang risiko pengesanan, hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai menganjurkan perlakuan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 7.
*CATATAN—Sebelum ini “dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-dua”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990 [Akta A755].
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 289
Seseorang tidaklah, semata-mata oleh sebab bahawa dia melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 7, boleh disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen ini.
Mana-mana orang yang sama ada dengan sendirinya atau melalui seseorang ejen membayar atau mendepositkan apa-apa wang atau nilaian wang kepada atau dengan mana-mana orang yang terlibat dalam urusan suatu rumah perjudian terbuka sebagai suatu tagan atau bagi atau berkenaan dengan apa-apa kejadian atau kontingensi berkaitan dengan loteri awam atau membeli tiket loteri melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, *didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Seseorang yang dalam milikannya sesuatu tiket loteri didapati hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai telah membeli tiket loteri itu.
Tiap-tiap tiket loteri yang dibawa atau diperkenalkan ke dalam atau berada di dalam Persekutuan hendaklah dilucuthakkan kepada
Kerajaan dan ia adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pegawai polis atau pekhidmat awam yang lain untuk menyita tiap-tiap tiket sedemikian di mana jua didapati.
s 10Wang yang dibayar boleh didapatkan kembali
Apa-apa wang atau nilaian wang yang dibayar atau didepositkan bagi atau berkenaan dengan apa-apa kejadian atau kontingensi sedemikian seperti yang disebut terdahulu atau bagi atau berkenaan dengan pembelian tiket loteri hendaklah boleh didapatkan kembali sebagai wang yang diambil dan diterima untuk atau bagi kegunaan orang yang daripadanya wang atau nilaian wang itu telah diterima.
*CATATAN—Sebelum ini “dua ribu ringgit”–lihat Akta Perjudian Rumah Terbuka (Pindaan) 1990
[Akta A755].
Rumah Perjudian Terbuka 17
Anggapan terhadap orang yang menjual tiket loteri, dsb.
s 11Section 11
Seseorang yang—
menjual, menawarkan untuk jualan, memberikan, menyerahkan atau memungut tiket loteri; atau
didapati memiliki sepuluh atau lebih—
tiket loteri; atau
kaunterfoil atau pendua tiket loteri;
didapati memiliki apa-apa akaun, memorandum, teka-teki atau rekod mengenai tagan atau pertaganan dalam atau berhubung dengan sesuatu loteri; atau
didapati memiliki suatu “papan tikam”, hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai membantu dalam loteri awam yang sedang dijalankan ketika itu.
Seseorang yang didapati di dalam atau melarikan diri dari suatu rumah perjudian terbuka yang diselenggarakan atau digunakan bagi maksud loteri awam hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai membantu dalam loteri awam yang sedang dijalankan ketika itu.
Jika keterangan atau suatu perakuan diberikan oleh seorang pakar perjudian bahawa apa-apa dokumen yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ialah tiket loteri bagi mana-mana loteri awam atau ialah akaun, memorandum, teka-teki atau rekod mengenai tagan atau pertaganan dalam atau berhubung dengan mana-mana loteri awam, Mahkamah hendaklah menganggap bahawa dokumen sedemikian ialah tiket loteri bagi loteri awam itu atau akaun, memorandum, teka-teki atau rekod mengenai tagan atau pertaganan dalam atau berhubung dengan loteri awam itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 289
Jika keterangan atau suatu perakuan diberikan oleh seorang pakar perjudian bahawa apa-apa barang ialah alatan atau perkakas bagi perjudian, Mahkamah hendaklah menganggap bahawa barang itu ialah alatan atau perkakas bagi perjudian.
Sesuatu perakuan yang diberikan di bawah subseksyen (3)
atau (4) hendaklah, jika pihak pendakwa bercadang hendak memberikannya sebagai keterangan, disampaikan kepada tertuduh itu tidak kurang dari empat belas hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu dan perakuan itu hendaklah boleh diterima tanpa kehadiran pembuat perakuan itu sebagai saksi melainkan jika dikehendaki pembuat perakuan itu sebagai saksi melainkan jika dikehendaki sedemikian—
oleh Mahkamah; atau
oleh tertuduh, yang dalam hal itu tertuduh hendaklah memberikan Pendakwa Raya suatu notis secara bertulis tidak kurang dari tujuh hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.
Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta melantik mana-mana orang sama ada seorang pegawai awam ataupun tidak untuk menjadi seorang pakar perjudian berkenaan dengan mana-mana atau kesemua permainan.
s 12Jualan tiket loteri tidak sah
Tiap-tiap jualan atau kontrak bagi jualan tiket loteri dengan ini diisytiharkan sebagai tidak sah dan tiada tindakan boleh disenggarakan oleh mana-mana orang berkenaan dengan mana-mana jualan atau kontrak sedemikian kecuali oleh pembeli bagi pemulangan wang atau balasan lain (jika ada) yang dibayar mengenainya.
Rumah Perjudian Terbuka 19
Bilamana dibuktikan dengan memuaskan hati Majistret bahawa mana-mana orang yang diambil kerja untuk perburuhan di perlombongan atau pertanian atau di mana-mana perburuhan lain yang boleh dari semasa ke semasa diisytiharkan oleh Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta, sebagai tertakluk kepada seksyen ini telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini di mana-mana tempat yang dipunyai atau diduduki oleh majikannya, majikan orang itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya melainkan jika dia membuktikan dengan memuaskan hati Majistret bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau persetujuannya dan bahawa dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menghalang perlakuan kesalahan itu:
Dengan syarat bahawa apabila seorang berkontrak dengan seorang yang lain untuk menjalankan apa-apa kerja, buruh yang ditugaskan dalam pelaksanaan sebenar kerja itu hendaklah bagi maksud seksyen ini disifatkan sebagai diambil kerja olah kedua-dua orang itu.
Bilamana dibuktikan dengan memuaskan hati Majistret bahawa mana-mana orang yang diambil kerja seperti yang disebut terdahulu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dalam kehadiran mana-mana mandur, kepala atau orang lain yang mempunyai kuasa ke atasnya bagi maksud pekerjaan itu, maka mandur, kepala atau orang lain itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya melainkan jika dia membuktikan dengan memuaskan hati Majistret bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya dan bahawa dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menghalang perlakuan kesalahan itu dan untuk memastikan penghapusannya yang berkesan.
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai mengecualikan mana-mana orang daripada liabiliti kepada apa-apa penalti yang diperuntukkan oleh Akta ini
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 289
bagi apa-apa kesalahan di bawahnya yang dibuktikan telah dilakukan olehnya.
Tiada pendakwaan mana-mana majikan, mandur, kepala, atau orang lain di bawah seksyen ini boleh dimulakan kecuali dengan kuasa Pendakwa Raya.
Apabila mana-mana orang yang diambil kerja untuk perburuhan di perlombongan atau pertanian atau di mana-mana perburuhan lain yang diisytiharkan di bawah seksyen 13 sebagai tertakluk kepada peruntukan seksyen itu didapati melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini di mana-mana tempat yang dipunyai atau diduduki oleh majikannya, dia dan semua orang lain yang didapati menyubahati kesalahan itu, boleh ditangkap tanpa waran oleh majikannya atau dalam masa ketiadaan majikan itu oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh majikan itu untuk menguruskan tempat itu.
Tiap-tiap orang yang ditangkap di bawah seksyen ini hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu diserahkan kepada seorang pegawai polis atau dibawa ke balai polis yang terdekat untuk penahanan sehingga dia boleh dibawa ke hadapan seorang
Majistret.
s 15Kuasa untuk memasuki premis
Mana-mana pegawai polis yang secara amnya atau khasnya diberi kuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Ketua Pegawai Polis bolehlah pada waktu malam atau siang memasuki mana-mana tempat di mana orang yang diambil kerja untuk perburuhan di perlombongan atau pertanian atau di mana-mana perburuhan lain yang diisytiharkan di bawah seksyen 13 sebagai tertakluk kepada seksyen itu tinggal atau bekerja.
Rumah Perjudian Terbuka 21
s 15APenutupan premis
Jika Ketua Polis Daerah mempunyai alasan yang baik untuk mempercayai bahawa mana-mana premis atau mana-mana bahagian apa-apa premis telah digunakan bagi maksud perjudian, dia boleh dengan serta-merta mengambil langkah yang difikirkan perlu untuk menutup premis atau mana-mana bahagian premis itu.
Seseorang Majistret atau Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis apabila berpuas hati atas maklumat bertulis dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa terdapat sebab yang baik untuk mempercayai bahawa mana-mana tempat yang diselenggarakan atau digunakan sebagai rumah perjudian terbuka boleh melalui waran memberi kuasa mana-mana orang yang dinamakan di dalamnya atau mana-mana pegawai polis dengan apa-apa bantuan dan dengan sedemikian kekerasan sebagaimana yang perlu pada waktu malam atau siang untuk memasuki atau pergi ke tempat sedemikian dan menggeledahnya dan semua orang yang didapati di dalamnya dan untuk menyita semua alatan atau perkakas bagi perjudian dan semua wang, jaminan untuk wang dan barang lain yang semunasabahnya disangka sebagai digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi apa-apa permainan atau loteri yang mungkin didapati di tempat itu atau pada mana-mana orang itu dan juga untuk menahan semua orang itu sehingga mereka dan tempat itu telah digeledah. Jika mana-mana benda atau hal keadaan yang dijadikan oleh Akta ini sebagai keterangan anggapan kebersalahan didapati dalam mana-mana tempat itu atau pada mana-mana orang yang di dalamnya, tiap-tiap orang yang didapati di dalamnya hendaklah dibawa ke hadapan Majistret untuk diperlakukan mengikut undang-undang.
Semua alatan atau perkakas bagi perjudian, wang, jaminan untuk wang dan barang lain yang didapati dalam sesuatu rumah perjudian terbuka atau pada mana-mana orang yang didapati di dalamnya atau yang melarikan diri darinya dan yang Majistret berpendapat telah digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 289
apa-apa permainan atau loteri hendaklah diisytiharkan olehnya sebagai dilucuthakkan kepada Kerajaan dan hendaklah diperlakukan sewajarnya.
Pelucuthakan mesin judi yang disita