Skip to content

Seksyen 16

Waran geledah terhadap premis

of Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953

ActIn forceProvision 20 of 38
Seksyen 16
(1)

Seseorang Majistret atau Jaksa Pendamai atau pegawai kanan polis apabila berpuas hati atas maklumat bertulis dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa terdapat sebab yang baik untuk mempercayai bahawa mana-mana tempat yang diselenggarakan atau digunakan sebagai rumah perjudian terbuka boleh melalui waran memberi kuasa mana-mana orang yang dinamakan di dalamnya atau mana-mana pegawai polis dengan apa-apa bantuan dan dengan sedemikian kekerasan sebagaimana yang perlu pada waktu malam atau siang untuk memasuki atau pergi ke tempat sedemikian dan menggeledahnya dan semua orang yang didapati di dalamnya dan untuk menyita semua alatan atau perkakas bagi perjudian dan semua wang, jaminan untuk wang dan barang lain yang semunasabahnya disangka sebagai digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi apa-apa permainan atau loteri yang mungkin didapati di tempat itu atau pada mana-mana orang itu dan juga untuk menahan semua orang itu sehingga mereka dan tempat itu telah digeledah. Jika mana-mana benda atau hal keadaan yang dijadikan oleh Akta ini sebagai keterangan anggapan kebersalahan didapati dalam mana-mana tempat itu atau pada mana-mana orang yang di dalamnya, tiap-tiap orang yang didapati di dalamnya hendaklah dibawa ke hadapan Majistret untuk diperlakukan mengikut undang-undang.

(2)

Semua alatan atau perkakas bagi perjudian, wang, jaminan untuk wang dan barang lain yang didapati dalam sesuatu rumah perjudian terbuka atau pada mana-mana orang yang didapati di dalamnya atau yang melarikan diri darinya dan yang Majistret berpendapat telah digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

apa-apa permainan atau loteri hendaklah diisytiharkan olehnya sebagai dilucuthakkan kepada Kerajaan dan hendaklah diperlakukan sewajarnya.