13. Tanggungjawab majikan dan mandur
Feedback & supportBilamana dibuktikan dengan memuaskan hati Majistret bahawa mana-mana orang yang diambil kerja untuk perburuhan di perlombongan atau pertanian atau di mana-mana perburuhan lain yang boleh dari semasa ke semasa diisytiharkan oleh Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta, sebagai tertakluk kepada seksyen ini telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini di mana-mana tempat yang dipunyai atau diduduki oleh majikannya, majikan orang itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya melainkan jika dia membuktikan dengan memuaskan hati Majistret bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau persetujuannya dan bahawa dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menghalang perlakuan kesalahan itu:
Dengan syarat bahawa apabila seorang berkontrak dengan seorang yang lain untuk menjalankan apa-apa kerja, buruh yang ditugaskan dalam pelaksanaan sebenar kerja itu hendaklah bagi maksud seksyen ini disifatkan sebagai diambil kerja olah kedua-dua orang itu.
Bilamana dibuktikan dengan memuaskan hati Majistret bahawa mana-mana orang yang diambil kerja seperti yang disebut terdahulu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dalam kehadiran mana-mana mandur, kepala atau orang lain yang mempunyai kuasa ke atasnya bagi maksud pekerjaan itu, maka mandur, kepala atau orang lain itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya melainkan jika dia membuktikan dengan memuaskan hati Majistret bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya dan bahawa dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menghalang perlakuan kesalahan itu dan untuk memastikan penghapusannya yang berkesan.
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai mengecualikan mana-mana orang daripada liabiliti kepada apa-apa penalti yang diperuntukkan oleh Akta ini
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 289
bagi apa-apa kesalahan di bawahnya yang dibuktikan telah dilakukan olehnya.
Tiada pendakwaan mana-mana majikan, mandur, kepala, atau orang lain di bawah seksyen ini boleh dimulakan kecuali dengan kuasa Pendakwa Raya.