Skip to content

Seksyen 20

Anggapan terhadap rumah, penghuni dan pemunya

of Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953

ActIn forceProvision 25 of 38
Seksyen 20
(1)

Jika dalam hal sesuatu tempat yang dimasuki di bawah Akta ini mana-mana lorong atau tangga atau cara akses ke mana-mana bahagiannya adalah luar biasa sempit atau curam atau selainnya sukar untuk dilalui atau mana-mana bahagian premis itu mempunyai cara luar biasa atau dengan luar biasanya mempunyai banyak cara untuk

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 289

menghalang atau menggalang daripada dimasuki atau mempunyai perekaan luar biasa untuk membolehkan orang di dalamnya untuk melihat atau memastikan ketibaan atau kemasukan orang atau untuk memberikan amaran atau untuk memudahkan orang melarikan diri dari premis itu, ia hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa tempat itu ialah suatu rumah perjudian terbuka dan bahawa ia diselenggarakan atau digunakan sedemikian oleh penghuninya; dan jika notis sebagaimana yang diperuntukkan berikutnya kemudian daripada ini telah disampaikan kepada pemunya premis itu ia hendaklah selanjutnya dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa tempat itu diselenggarakan sedemikian dengan kebenaran pemunyanya.

(2)

Bilamana ia sampai kepada pengetahuan Ketua Pegawai Polis bahawa mana-mana tempat dilengkapkan atau disediakan dengan mana-mana daripada cara atau perekaan yang disebut dalam seksyen ini dengan sedemikian cara yang membawa kepada anggapan bahawa tempat itu digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud rumah perjudian terbuka, menjadi kewajipan Ketua Pegawai Polis untuk menyebabkan notis mengenainya disampaikan kepada pemunya tempat itu dan juga kepada penghuninya; dan jika mana-mana notis sedemikian tidak boleh disampaikan ke diri ia bolehlah disampaikan dengan ditampalkan pada pintu luar utama atau mana-mana pintu luar atau tingkap atau mana-mana bahagian yang mudah dilihat di tempat itu.

(3)

Tiap-tiap penyewa yang menerima notis di bawah seksyen ini hendaklah dengan segera memberitahu pemunya atau orang yang daripadanya dia menyewa premis itu tentang penerimaan notis itu, dan orang itu hendaklah mengikut cara yang serupa memberitahu pemunya atau orang yang daripadanya dia menyewa premis itu, dan begitulah seterusnya sehingga notis itu dibawa kepada pengetahuan pemunya, tiap-tiap penyewa bertanggungjawab untuk membawa notis itu kepada pengetahuan pemberi sewanya yang terdekat; dan mana-mana penyewa yang enggan atau tidak menyebabkan diketahui oleh pemunya atau orang yang daripadanya dia menyewa premis itu fakta bahawa notis sedemikian telah diterima melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.

Rumah Perjudian Terbuka 27

Liabiliti pemegang jawatan, dsb.