Skip to content
In forceUpdated to 1 Mar 2018Read it in English

Bahagian II · Suruhanjaya

11. Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif

Feedback & support
(1)

Menteri hendaklah melantik mana-mana orang sebagai Ketua

Pegawai Eksekutif Suruhanjaya atas terma dan syarat yang ditentukannya dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian.

(2)

Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen (1)

hendaklah—

(a)

orang berkelayakan sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Profesion Undang-Undang 1976; atau

(b)

mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang berkaitan dalam perkara komersial atau syarikat.

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran harian Suruhanjaya.

(4)

Menteri boleh melantik apa-apa bilangan Timbalan Ketua

Pegawai Eksekutif sebagaimana yang perlu dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian.

(5)

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Pegawai Eksekutif dan boleh melaksanakan kewajipan Ketua Pegawai Eksekutif di bawah Akta ini.

(6)

Menteri boleh melantik mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (4) atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkannya sesuai untuk bertindak sebagai pemangku Ketua

Pegawai Eksekutif bagi tempoh apabila—

(a)

jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong; atau

(b)

Ketua Pegawai Eksekutif, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 614

Report

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya

Bahagian IIIC

Pelesenan

Bahagian IV

Peruntukan Berhubung Dengan Pekerja

Bahagian V

Kewangan

Bahagian VI

Schedules