Companies Commission of Malaysia Act 2001 · Updated to 1 Mar 2018 · Bahagian II · Suruhanjaya
6. Keanggotaan Suruhanjaya
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
seorang Pengerusi;
Ketua Pegawai Eksekutif;
tidak lebih daripada tiga orang daripada perkhidmatan awam; dan
tidak lebih daripada empat orang yang merupakan orang berkelayakan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta
Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166] atau orang yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang berkaitan dalam perkara komersial atau syarikat.
Menteri boleh melantik mana-mana anggota Suruhanjaya, selain Ketua Pegawai Eksekutif, untuk bertindak sebagai pemangku
Pengerusi bagi tempoh apabila—
jawatan Pengerusi kosong;
Pengerusi tidak hadir melaksanakan kewajipannya atau tiada di Malaysia; atau
Pengerusi, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.