Companies Commission of Malaysia Act 2001 · Updated to 1 Mar 2018 · Bahagian II · Suruhanjaya
16. Section 16
Feedback & supportSuruhanjaya dan tiap-tiap jawatankuasa hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Suruhanjaya atau sesuatu jawatankuasa, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah, dalam mana-mana prosiding, boleh diterima sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu dan tiap-tiap mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.