Companies Commission of Malaysia Act 2001 · Updated to 1 Mar 2018 · Bahagian II · Suruhanjaya
12. Mesyuarat
Feedback & support(1)
Suruhanjaya hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu bagi melaksanakan fungsinya.
(2)
Kuorum mesyuarat ialah lima.
(3)
Jika mengenai sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh
Suruhanjaya terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
(4)
Jika Pengerusi tidak hadir atau tidak dapat bertindak kerana sakit atau apa-apa sebab lain, mana-mana anggota Suruhanjaya selain
Ketua Pegawai Eksekutif boleh dilantik oleh anggota yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat.
(5)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Suruhanjaya hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.