Seksyen 31
Penjalanan serentak remedi
of Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012
ActIn forceProvision 31 of 41
Seksyen 31
(1)
Melainkan jika suatu penggantungan diberikan di bawah seksyen 16, suatu pihak yang memperoleh keputusan adjudikasi yang berpihak kepadanya boleh menjalankan apa-apa atau semua remedi yang diperuntukkan dalam Akta ini secara serentak bagi menguatkuasakan keputusan adjudikasi itu.
(2)
Remedi yang diperuntukkan oleh Akta ini tidaklah menjejaskan hak dan remedi lain yang sedia ada dalam kontrak pembinaan atau mana-mana undang-undang bertulis, termasuk apa-apa penalti yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang bertulis.