Skip to content
In forceUpdated to 22 Jun 2012Read it in English

Bahagian IV · Penguatkuasaan Keputusan Adjudikasi

30. Pembayaran langsung daripada prinsipal

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu pihak yang terhadapnya suatu keputusan adjudikasi dibuat tidak membayar amaun teradjudikasi itu, pihak yang memperoleh keputusan adjudikasi yang berpihak kepadanya boleh membuat suatu permintaan bertulis bagi bayaran amaun teradjudikasi itu secara langsung daripada prinsipal pihak yang terhadapnya keputusan adjudikasi dibuat.

(2)

Apabila diterima permintaan bertulis di bawah subseksyen (1), prinsipal hendaklah menyampaikan suatu notis secara bertulis kepada pihak yang terhadapnya keputusan adjudikasi dibuat bagi

Undang-Undang Malaysia 24

menunjukkan bukti pembayaran dan menyatakan bahawa bayaran langsung akan dibuat selepas tamat sepuluh hari bekerja daripada penyampaian notis itu.

(3)

Jika tiada bukti pembayaran diminta di bawah subseksyen (2), prinsipal hendaklah membayar amaun teradjudikasi kepada pihak yang memperoleh keputusan adjudikasi yang berpihak kepadanya.

(4)

Prinsipal boleh mendapatkan balik amaun yang dibayar di bawah subseksyen (3) sebagai hutang atau tolak amaun itu daripada apa-apa wang yang terhutang atau kena dibayar oleh prinsipal kepada pihak yang terhadapnya keputusan adjudikasi dibuat.

(5)

Seksyen ini hanya boleh digunakan jika wang itu terhutang atau kena dibayar oleh prinsipal kepada pihak yang terhadapnya keputusan adjudikasi dibuat pada masa penerimaan permintaan di bawah subseksyen (1).

Report

Bahagian V

Pihak Berkuasa Adjudikasi

Bahagian VI

Bahagian VII

Pelbagai