Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan

35. Pelantikan pegawai atau orang lain

Feedback & support
(1)

Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh melantik mana-mana pegawainya atau mana-mana orang lain untuk melaksanakan mana-mana atau semua fungsinya atau menjalankan mana-mana atau semua kuasanya, atau memberikan apa-apa bantuan dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan olehnya.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri

Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh melantik—

(a)

seorang Pendaftar pemberi kredit Islam dan apa-apa bilangan Timbalan Pendaftar pemberi kredit Islam; dan

Undang-Undang Malaysia 40

(b)

mana-mana pegawai lain sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini, termasuk pegawai penyiasat.

(3)

Pendaftar dan Timbalan Pendaftar hendaklah mempunyai dan boleh melaksanakan atau menjalankan mana-mana fungsi dan kuasa seorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini.

(4)

Pendaftar boleh, secara bertulis, mewakilkan semua atau mana-mana fungsinya dan kuasanya di bawah Akta ini, kecuali kuasa pewakilannya, kepada mana-mana Timbalan Pendaftar atau pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) dan (2).

Report

Bahagian IV

Jawatankuasa Penasihat

Bahagian V

Pelesenan dan Pendaftaran

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules