Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Kredit Pengguna 2025

Feedback & supportProtecting credit consumers and regulating the credit industry

In plain English

Not legal advice

This Act sets up a consumer credit commission, protects credit consumers and regulates conventional or Islamic credit business and credit service business. It also provides for responsible lending practices. It applies to anyone carrying on a credit business or credit service business involving a credit consumer, except credit provided by persons listed in Schedule 1. A written agreement between a credit consumer and a credit provider or credit service provider can still impose stricter duties on the provider or give the consumer better remedies than the Act does.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kredit Pengguna 2025.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa bahagian yang berlainan atau peruntukan yang berlainan

Akta ini.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia 12

(1)

Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana orang yang menjalankan suatu perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit yang melibatkan seorang pengguna kredit kecuali kredit yang diberi oleh seseorang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), subseksyen 79(2) dan (3)

hendaklah terpakai bagi mana-mana orang yang menjalankan suatu perniagaan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 atau perenggan 3 Jadual 4 yang tidak melibatkan seorang pengguna kredit.

(3)

Tertakluk kepada subseksyen (5), Akta ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan undang-undang bertulis yang berkaitan dan peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan undang-undang bertulis itu, termasuk yang berikut:

(a)

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];

(b)

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759];

(c)

Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];

(d)

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];

(e)

Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498];

(f)

Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212];

(g)

Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599];

(h)

Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400];

(i)

Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81];

(j)

Akta Koperasi 1993 [Akta 502]; dan

(k)

Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 [Akta 665].

Kredit Pengguna 13

(4)

Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh menghapuskan atau menyekat kesan, atau menghalang pergantungan kepada—

(a)

mana-mana undang-undang bertulis yang mengenakan ke atas suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit suatu kewajipan yang lebih ketat daripada yang dikenakan di bawah Akta ini;

(b)

mana-mana undang-undang bertulis yang mengikutnya apa-apa terma yang selaras dengan Akta ini dianggap tersirat dalam suatu perjanjian kredit; atau

(c)

apa-apa terma dalam apa-apa perjanjian secara bertulis antara seorang pengguna kredit dengan suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit, mengikut mana-mana yang berkenaan, setakat mana terma itu—

(i)

mengenakan suatu kewajipan yang lebih ketat ke atas pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit itu daripada yang dikenakan di bawah

Akta ini; atau

(ii)

memperuntukkan suatu remedi yang lebih menguntungkan kepada pengguna kredit itu daripada remedi yang diperuntukkan di bawah

Akta ini.

(5)

Jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan dalam pemakaian peruntukan Akta ini dalam hal yang melibatkan pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, hal itu hendaklah diuruskan mengikut undang-undang sekuriti dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan kaedah-kaedah bursa sebagaimana yang diluluskan oleh

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

(1)

Peruntukan Akta ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa jua yang bertentangan dalam mana-mana perjanjian.

Undang-Undang Malaysia 14

(2)

Akta ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa terma kontrak yang terpakai bagi atau berupa sebagai terpakai bagi undang-undang negara yang lain jika mahkamah mendapati bahawa terma itu telah dikenakan keseluruhannya atau terutamanya bagi maksud untuk membolehkan pihak yang mengenakannya mengelak daripada operasi Akta ini.

s 4Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari, standard atau garis panduan dan pemberitahuan yang dibuat di bawah Akta ini;

“ditentukan” ertinya untuk menentukan secara bertulis dalam apa-apa bentuk termasuk standard atau garis panduan, dan suatu kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang, perniagaan kredit, perniagaan perkhidmatan kredit, pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang berlainan;

“ditetapkan” ertinya untuk ditetapkan melalui perundangan subsidiari yang disiarkan dalam Warta, dan suatu kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk menetapkan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang, perniagaan kredit, perniagaan perkhidmatan kredit, pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang berlainan;

“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56], dan termasuklah buku sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016

[Akta 777] dan dokumen hakmilik kepada aset;

“harta” ertinya—

(a)

tiap-tiap jenis aset, sama ada yang zahir atau tidak zahir, alih atau tak alih, yang ketara atau tidak ketara, walau bagaimana diperoleh;

Kredit Pengguna 15

(b)

dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk, termasuk elektronik atau digital, yang menjadi keterangan tentang hakmilik kepada, atau kepentingan dalam, aset itu, termasuk kredit bank, cek kembara, cek bank, kiriman wang, syer, sekuriti, bon, draf dan surat kredit; atau

(c)

apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, berhubung dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;

“individu” ertinya orang sebenar;

“Jawatankuasa Lembaga” ertinya suatu jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 18;

“Jawatankuasa Penasihat” ertinya Jawatankuasa Penasihat yang ditubuhkan di bawah seksyen 36;

“ketua eksekutif”, berhubung dengan suatu pertubuhan perbadanan, ertinya pegawai eksekutif utama perbadanan itu pada masa ini, dengan apa jua namanya digelar dan sama ada dia seorang pengarah atau tidak;

“komputer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950;

“koperasi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“kredit” ertinya apa-apa perkiraan, perjanjian atau kemudahan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 5(2);

“Lembaga” ertinya lembaga pengarah Suruhanjaya yang disebut dalam seksyen 9;

“lesen” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 42;

“liabiliti” termasuklah hutang atau tiap-tiap jenis tanggungan, sama ada sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen;

Undang-Undang Malaysia 16

“Majlis Penasihat Shariah” ertinya Majlis Penasihat Shariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 51 Akta Bank Negara Malaysia 2009

[Akta 701] atau seksyen 31zi Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup”

ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup;

“Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan;

“orang” termasuklah seorang individu, mana-mana pemilikan tunggal, perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian dan mana-mana badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;

“output komputer” ertinya suatu penyataan atau gambaran, sama ada dalam bentuk bertulis, bercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau bentuk lain—

(a)

dikeluarkan oleh suatu komputer;

(b)

ditayangkan pada skrin suatu komputer; atau

(c)

diterjemahkan dengan tepat daripada suatu penyataan atau gambaran yang dikeluarkan sedemikian;

“pemberi kredit” ertinya seseorang yang menjalankan suatu perniagaan kredit jika orang itu—

(a)

dilesenkan di bawah Bahagian V Akta ini;

(b)

dibenarkan untuk berbuat sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain;

(c)

tertakluk kepada Akta Sewa Beli 1967; atau

(d)

tertakluk kepada Akta Perlindungan Pengguna 1999;

Kredit Pengguna 17

“pemberi kredit Islam” ertinya seseorang yang menjalankan suatu perniagaan kredit Islam jika orang itu diberi kuasa di bawah

Akta ini atau undang-undang bertulis lain;

“pemberi perkhidmatan kredit” ertinya seseorang yang menjalankan suatu perniagaan perkhidmatan kredit jika orang itu—

(a)

didaftarkan di bawah Bahagian V Akta ini;

(b)

didaftarkan untuk berbuat sedemikian di bawah

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; atau

(c)

merupakan seorang pemegang permit di bawah

Akta Sewa Beli 1967;

“Pendaftar” ertinya pendaftar pemberi kredit Islam yang dilantik di bawah perenggan 35(2)(a);

“pendaftaran” ertinya suatu pendaftaran yang dibuat di bawah seksyen 59;

“pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Syarikat 2016, dan termasuklah suatu sebutan kepada seseorang yang menduduki tempat atau bertindak dalam kedudukan sebagai seorang pengarah sesuatu perbadanan, dengan apa jua namanya digelar dan sama ada dilantik dengan sah atau tidak untuk menduduki tempat, atau diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak, dalam kedudukan itu;

“pengawal” ertinya seseorang sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 47(6) atau subseksyen 64(6), mengikut mana-mana yang berkenaan;

“Pengerusi Eksekutif” ertinya pengerusi eksekutif Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 9;

“pengguna kredit” ertinya mana-mana orang sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 5(1);

“pengurusan kanan” ertinya seseorang yang dilantik oleh suatu perbadanan untuk menguruskan mana-mana bahagian perniagaannya atau mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk perniagaan kredit, perniagaan perkhidmatan kredit atau keputusan perniagaan perbadanan itu, dengan apa jua namanya digelar dan termasuklah ketua eksekutif dan ketua pegawai kewangan;

Undang-Undang Malaysia 18

“perbadanan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Syarikat 2016;

“perjanjian kredit” ertinya suatu perjanjian yang dibuat antara suatu pemberi kredit dengan seorang pengguna kredit untuk memberikan kredit;

“perkiraan” ertinya suatu perkiraan sama ada formal atau tidak formal, lisan atau bertulis, nyata atau tersirat;

“perniagaan kredit” ertinya mana-mana perniagaan, sama ada konvensional atau Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam

Jadual 2;

“perniagaan kredit Islam” ertinya mana-mana perniagaan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2 Jadual 2;

“perniagaan perkhidmatan kredit” ertinya mana-mana perniagaan memberi perkhidmatan yang berhubungan dengan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 3;

“pertubuhan perbadanan” ertinya seseorang yang diperbadankan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan termasuklah suatu perbadanan atau badan berkanun, pihak berkuasa awam atau pihak berkuasa yang lain, yang diperbadankan oleh atau di bawah suatu undang-undang bertulis;

“perusahaan mikro atau kecil” merujuk kepada suatu perusahaan yang layak sebagai suatu perusahaan mikro atau kecil sebagaimana yang ditakrifkan berdasarkan saiz operasinya, oleh

Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan

Sederhana Malaysia 1995 [Akta 539];

“Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan” ertinya mana-mana badan sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 34(1);

“premis” termasuklah apa-apa tanah, bangunan, struktur, tempat atau kenderaan, sama ada tetap atau sementara;

“standard atau garis panduan” termasuklah apa-apa obligasi atau kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan di bawah seksyen 123;

Kredit Pengguna 19

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Kredit Pengguna yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;

“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Syarikat 2016;

“Timbalan Pendaftar” ertinya timbalan pendaftar pemberi kredit

Islam yang dilantik di bawah perenggan 35(2)(a);

“Timbalan Pengerusi Eksekutif” ertinya timbalan pengerusi eksekutif Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 9;

“undang-undang sekuriti” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Suruhanjaya Sekuriti

Malaysia 1993.

(1)

Seorang pengguna kredit yang disebut dalam Akta ini hendaklah terdiri daripada mana-mana orang yang berikut:

(a)

seorang individu yang mendapat, telah mendapat atau berhasrat untuk mendapatkan kredit sepenuhnya atau kebanyakannya bagi maksud persendirian, domestik atau isi rumah;

(b)

seseorang yang merupakan suatu perusahaan mikro atau kecil yang mendapat, telah mendapat atau berhasrat untuk mendapatkan kredit, jika kredit itu tidak melebihi suatu amaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Suruhanjaya;

(c)

mana-mana orang lain atau kelas, kategori atau perihalan orang sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya;

dan

(d)

seorang individu yang bertindak sebagai seorang penjamin sosial, bukan bagi maksud membuat keuntungan, kepada seorang pengguna kredit di bawah perenggan (a), (b)

atau (c) berkenaan dengan suatu perjanjian kredit yang kepadanya Akta ini terpakai.

Undang-Undang Malaysia 20

(2)

Kredit yang disebut dalam Akta ini hendaklah terdiri daripada suatu perkiraan, perjanjian atau kemudahan, dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua namanya digelar, termasuk yang dibuat mengikut prinsip Shariah—

(a)

yang menyebabkan seseorang berhutang atau menanggung suatu obligasi kewangan;

(b)

yang membenarkan pembayaran untuk barangan atau perkhidmatan yang dijual kepada seseorang dibuat secara ansuran; atau

(c)

apa-apa perkiraan, perjanjian atau kemudahan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Bahagian II

Suruhanjaya Kredit Pengguna

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan

Bahagian IV

Jawatankuasa Penasihat

Bahagian V

Pelesenan dan Pendaftaran

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules