Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan

88. Pemeriksaan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan

Feedback & support
(1)

Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh memeriksa, dengan atau tanpa apa-apa notis terdahulu, perniagaan dan hal ehwal suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan

Penyeliaan itu di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Kredit Pengguna 83

(2)

Bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (1),

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu boleh memeriksa—

(a)

seorang individu, jika dia adalah suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

seorang pengarah, pekongsi atau pegawai suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit; atau

(c)

mana-mana orang yang berikut:

(i)

seseorang yang pernah menjadi pada bila-bila masa, seorang pengarah, pekongsi atau pegawai suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit;

(ii)

seseorang yang, atau pernah pada bila-bila masa, mempunyai urus niaga dengan suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit; atau

(iii)

seseorang yang Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu percaya mengetahui tentang hakikat dan hal keadaan kes itu.

Kewajipan untuk memberi akses kepada, dan mengemukakan dokumen, maklumat, dsb.

Report

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules