Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian X · Peruntukan Am
121. Kuasa tambahan Menteri
Feedback & support(1)
Kuasa Menteri di bawah Akta ini adalah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, kuasa Menteri itu di bawah undang-undang bertulis berkaitan yang lain.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi atau Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan, mengikut mana-mana yang berkenaan.