Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan
34. Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan
Feedback & supportSuatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan yang disebut dalam Akta ini hendaklah terdiri daripada mana-mana badan yang berikut:
Suruhanjaya;
Bank Negara Malaysia;
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia;
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara
Hidup;
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; dan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia;
Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan hendaklah mempunyai semua fungsi untuk mengawal selia dan menyelia orang-orang yang berikut yang dikawal selia oleh
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu:
pemberi kredit yang menjalankan perniagaan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2; atau
pemberi perkhidmatan kredit yang menjalankan perniagaan perkhidmatan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual 3.
Bagi maksud subseksyen (2), kuasa suatu Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan hendaklah termasuk kuasa untuk—
mengenakan fi atau caj lain;
memeriksa perniagaan dan hal ehwal suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu;
Kredit Pengguna 39
mengenakan penalti monetari di bawah seksyen 106;
menyebabkan suatu penyiasatan dibuat dan menjalankan semua kuasa penyiasatan mengenai perkara yang berhubungan dengan perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit yang dikawal selia oleh Pihak
Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan masing-masing;
menentukan standard atau garis panduan untuk apa-apa perkara di bawah seksyen 123;
mengeluarkan panduan di bawah seksyen 125;
menyiarkan maklumat di bawah seksyen 126; dan
melakukan apa-apa perkara yang bersampingan dengan mana-mana fungsinya dan kuasanya.
Bagi maksud seksyen ini, suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan hendaklah melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasa di bawah Akta ini dengan cara yang ia berpendapat paling wajar bagi maksud Akta ini.
Fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan di bawah Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu di bawah undang-undang bertulis berkaitan yang lain.