Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran
40. Kehendak untuk lesen
Feedback & support(1)
Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa perniagaan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 atau perenggan 2 Jadual 4 atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan perniagaan itu melainkan jika dia adalah suatu pemberi kredit berlesen.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.