Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian III · Keselamatan Barang dan Perkhidmatan

21. Kehendak keselamatan umum bagi barang

Feedback & support

Sebagai tambahan dan tanpa menjejaskan seksyen 20, tiada seorang pun boleh membekalkan, atau menawarkan atau mengiklankan untuk membekalkan, apa-apa barang yang tidak semunasabahnya selamat dengan mengambil kira semua hal keadaan, termasuk—

(a)

cara, dan maksud yang baginya, barang itu sedang dipasarkan atau akan dipasarkan;

(b)

penyediaan barang itu;

(c)

penggunaan apa-apa cap berhubung dengan barang itu;

dan

(d)

arahan atau amaran berkenaan dengan penyimpanan, kegunaan atau penggunaan barang itu.

Kehendak keselamatan umum bagi perkhidmatan 21a.  Sebagai tambahan dan tanpa menjejaskan seksyen 20, tiada seorang pun boleh membekalkan, atau menawarkan atau mengiklankan untuk membekalkan, apa-apa perkhidmatan yang tidak semunasabahnya selamat dengan mengambil kira semua hal keadaan, termasuk—

(a)

sifat perkhidmatan itu, dan komposisi dan cara penyampaian perkhidmatan itu;

Undang-Undang Malaysia 36

(b)

kesan perkhidmatan itu terhadap kehidupan dan kesihatan manusia, dan harta benda;

(c)

penampilan, reka bentuk, pelabelan, petunjuk pemasangan atau penggunaan, amaran, petunjuk mengenai pelupusan harta yang berhubungan dengan perkhidmatan itu dan maklumat lain yang diberikan oleh pembekal perkhidmatan itu; dan

(d)

sama ada terdapat mana-mana kategori orang yang mungkin menghadapi risiko apabila menggunakan perkhidmatan itu.

Report

Bahagian IV

Kesalahan, Pembelaan dan Remedi Berhubung Dengan Bahagian II dan III

Bahagian V

Gerenti Berkenaan Dengan Pembekalan Barang

Bahagian VI

Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Barang

Bahagian VII

Hak Terhadap Pengilang Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Barang

Bahagian VIII

Gerenti Berkenaan Dengan Pembekalan Perkhidmatan

Bahagian IX

Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Perkhidmatan

Bahagian X

Liabiliti Keluaran

Bahagian XI

Majlis Penasihat Pengguna Negara

Bahagian XII

Tribunal bagi Tuntutan Pengguna

Bahagian XIII

Penguatkuasaan

Bahagian XIV

Am dan Pelbagai

Schedules