Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian III · Keselamatan Barang dan Perkhidmatan

22. Pembelaan

Feedback & support
(1)

Barang atau perkhidmatan tidak boleh dianggap sebagai gagal untuk mematuhi kehendak seksyen 20 atau 21 atau kedua-duanya, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika ditunjukkan bahawa—

(a)

kegagalan yang dikatakan itu berpunca daripada pematuhan sesuatu kehendak yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; atau

(b)

kegagalan yang dikatakan itu ialah kegagalan untuk membuat berhubung dengan apa-apa perkara lebih daripada yang dikehendaki di bawah seksyen 20 dan 21.

(2)

Dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah

Bahagian ini, adalah menjadi suatu pembelaan bagi orang yang dipertuduh itu jika ditunjukkan bahawa pada masa dia membekalkan, atau menawarkan atau bersetuju untuk membekalkan, atau mendedahkan atau memiliki untuk pembekalan, barang atau perkhidmatan itu, dia—

(a)

tidak tahu; dan

(b)

tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai, bahawa barang atau perkhidmatan itu gagal untuk mematuhi kehendak seksyen 20 atau 21, atau kedua-duanya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Subseksyen (2) tidaklah terpakai berhubung dengan pengilang.

Perlindungan Pengguna 37

Report

Bahagian IV

Kesalahan, Pembelaan dan Remedi Berhubung Dengan Bahagian II dan III

Bahagian V

Gerenti Berkenaan Dengan Pembekalan Barang

Bahagian VI

Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Barang

Bahagian VII

Hak Terhadap Pengilang Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Barang

Bahagian VIII

Gerenti Berkenaan Dengan Pembekalan Perkhidmatan

Bahagian IX

Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Perkhidmatan

Bahagian X

Liabiliti Keluaran

Bahagian XI

Majlis Penasihat Pengguna Negara

Bahagian XII

Tribunal bagi Tuntutan Pengguna

Bahagian XIII

Penguatkuasaan

Bahagian XIV

Am dan Pelbagai

Schedules