Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian IV · Kesalahan, Pembelaan dan Remedi Berhubung Dengan Bahagian II dan III
27. Pembelaan bagi kekhilafan, kemalangan, dsb
Feedback & supportDalam apa-apa prosiding bagi kesalahan di bawah seksyen 25, adalah menjadi suatu pembelaan jika orang yang dipertuduh itu membuktikan—
(a)
bahawa pelanggaran itu disebabkan oleh—
(i)
suatu kekhilafannya yang munasabah;
(ii)
pergantungan yang munasabah pada maklumat yang diberikan kepadanya;
(iii)
perbuatan atau keingkaran seseorang lain;
(iv)
kemalangan; atau
(v)
sesuatu sebab di luar kawalannya; dan
Undang-Undang Malaysia 62
(b)
bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang sewajarnya untuk mengelakkan pelanggaran itu olehnya sendiri atau oleh mana-mana orang di bawah kawalannya.