Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian VIII · Gerenti Berkenaan Dengan Pembekalan Perkhidmatan
54. Gerenti tersirat mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu
Feedback & supportJika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa perkhidmatan itu, dan apa-apa keluaran hasil daripada perkhidmatan itu, akan—
semunasabahnya sesuai bagi apa-apa maksud tertentu;
dan
daripada jenis dan kualiti yang semunasabahnya dapat dijangka akan mencapai apa-apa hasil tertentu, yang dimaklumkan oleh pengguna kepada pembekal, sebelum atau pada masa kontrak dibuat bagi pembekalan perkhidmatan itu, sebagai maksud tertentu yang baginya perkhidmatan itu dikehendaki atau hasil yang pengguna berhasrat untuk mencapainya.
Gerenti tersirat yang disebut dalam subseksyen (1) tidaklah terpakai jika hal keadaan menunjukkan bahawa—
pengguna tidak bergantung pada kemahiran atau pertimbangan pembekal; atau
tidaklah munasabah bagi pengguna untuk bergantung pada kemahiran atau pertimbangan pembekal.