Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian VIII · Gerenti Berkenaan Dengan Pembekalan Perkhidmatan

56. Gerenti tersirat mengenai harga

Feedback & support
(1)

Jika perkhidmatan dibekalkan kepada pengguna, maka hendaklah tersirat suatu gerenti bahawa pengguna tidak dikenakan membayar kepada pembekal lebih daripada harga yang munasabah bagi perkhidmatan itu jika harga perkhidmatan itu tidak—

(a)

ditentukan melalui kontrak;

(b)

dibiarkan untuk ditentukan dengan cara yang dipersetujui melalui kontrak; atau

(c)

dibiarkan untuk ditentukan menurut perjalanan urusan antara pihak-pihak itu.

(2)

Jika terdapat kegagalan untuk mematuhi gerenti tersirat di bawah subseksyen (1), hak tebus rugi bagi pengguna hanyalah untuk enggan membayar lebih daripada harga yang munasabah itu.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam Bahagian IX boleh dikira sebagai memberi pengguna apa-apa hak tebus rugi yang lain.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, apa yang dikatakan “harga yang munasabah” ialah persoalan fakta yang bergantung pada hal keadaan setiap kes tertentu, dan jika harga telah ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, harga yang munasabah hendaklah sebagaimana yang dinyatakan di bawah undang-undang bertulis itu.

Report

Bahagian IX

Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Perkhidmatan

Bahagian X

Liabiliti Keluaran

Bahagian XI

Majlis Penasihat Pengguna Negara

Bahagian XII

Tribunal bagi Tuntutan Pengguna

Bahagian XIII

Penguatkuasaan

Bahagian XIV

Am dan Pelbagai

Schedules