Skip to content

Seksyen 59B

Kuasa Menteri untuk mengecualikan daripada takrif “siaran”

of Akta Hakcipta 1987

ActIn forceProvision 107 of 110
Seksyen 59B
(1)

Menteri boleh, melalui perintah, mengecualikan daripada takrif “siaran” berhubungan dengan pemancaran melalui wayar mana-mana perkhidmatan yang berikut:

(a)

perkhidmatan saling tindak;

(b)

perkhidmatan perniagaan dalaman;

(c)

perkhidmatan domestik individu;

(d)

perkhidmatan di premis yang diduduki secara tunggal selain daripada sebagai kemudahan perniagaan;

(e)

perkhidmatan yang dijalankan bagi orang yang mengadakan perkhidmatan penyiaran melalui cara wayar atau mengadakan rancangan bagi perkhidmatan sedemikian.

Hak Cipta 121

(2)

Menteri boleh, melalui perintah, meminda subseksyen (1)

supaya ditambah atau dihapuskan pengecualian yang disebut dalam subseksyen itu.