Akta Hakcipta 1987 · Updated to 30 Jun 2022 · Bahagian VIII · Pelbagai
60. Kecualian
Feedback & supportTiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan apa-apa hak atau keistimewaan mana-mana orang, termasuk Kerajaan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, kecuali setakat mana undang-undang itu dimansuhkan, dipinda atau diubah suai dengan nyatanya oleh atau adalah tidak konsisten dengan Akta ini.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan hak
Kerajaan Malaysia, atau mana-mana orang yang mendapat hakmilik dari Kerajaan untuk menjual, mengguna atau sebaliknya mengurus artikel yang dirampas di bawah undang-undang yang berkaitan dengan
Kastam, termasuk artikel yang dirampas sedemikian menurut Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Akta ini.