Seksyen 59C
Pertikaian yang berhubungan dengan royalti
ActIn forceProvision 108 of 110
Seksyen 59C
(1)
Tribunal boleh mendengar apa-apa pertikaian yang berhubungan dengan royalti yang berbangkit antara suatu badan pelesenan dengan mana-mana anggotanya tertakluk pada persetujuan badan pelesenan dan anggota itu.
(2)
Tribunal hendaklah memutuskan pertikaian di bawah subseksyen (1) dan membuat suatu perintah dengan sewajarnya.
(3)
Suatu perintah di bawah subseksyen (2) bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa tanpa ditetapkan tempohnya atau bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Tribunal.