Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian IV · Pengurusan Agensi Pelaporan Kredit
21. Pelantikan ketua eksekutif, dsb
Feedback & supportSuatu agensi pelaporan kredit hendaklah melantik seorang ketua eksekutif yang hendaklah memenuhi kriteria yang dihuraikan dalam Jadual Ketiga.
Agensi pelaporan kredit hendaklah memberitahu Pendaftar mengenai pelantikan ketua eksekutifnya dalam masa empat belas hari dari tarikh pelantikan itu.
Jika seseorang, yang menjadi pengarah atau ketua eksekutif sesuatu agensi pelaporan kredit, pada bila-bila masa tidak memenuhi kriteria yang dihuraikan dalam Jadual Ketiga, dia hendaklah dengan serta-merta berhenti memegang jawatan itu dan bertindak atas sifat sedemikian, dan agensi pelaporan kredit yang berkenaan hendaklah dengan serta-merta menamatkan pelantikannya atas sifat sedemikian.
Undang-Undang Malaysia 28
Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.
Seseorang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.
Dalam hal kesalahan yang berterusan, pesalah boleh, sebagai tambahan kepada penalti di bawah subseksyen (4) atau
, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian hari sepanjang kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.