Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian III · Pendaftaran Agensi Pelaporan Kredit
11. Larangan menjalankan perniagaan pelaporan kredit melainkan jika berdaftar
Feedback & supportTiada seorang pun boleh menjalankan suatu perniagaan pelaporan kredit melainkan jika—
ia adalah suatu syarikat; dan
ia telah didaftarkan sebagai suatu agensi pelaporan kredit dan suatu perakuan pendaftaran telah dikeluarkan kepadanya oleh Pendaftar di bawah subseksyen 14(5).
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Dalam hal kesalahan yang berterusan, pesalah boleh, sebagai tambahan kepada penalti di bawah subseksyen (2), didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian hari sepanjang kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Undang-Undang Malaysia 20