Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian IX · Peruntukan Kecualian dan Peralihan
77. Menjalankan perniagaan pelaporan kredit sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini
Feedback & supportMana-mana orang yang telah menjalankan suatu perniagaan pelaporan kredit sebelum tarikh ditetapkan boleh meneruskan perniagaan itu seolah-olah Akta ini tidak diperbuat bagi tempoh tiga bulan dari tarikh ditetapkan atau apa-apa tempoh lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar, disebut “tempoh tangguh”, dan hendaklah, jika dia atau ia berniat untuk meneruskan penjalanan perniagaan itu selepas habis tempoh tangguh itu, membuat suatu permohonan untuk pendaftaran sebagai suatu agensi pelaporan kredit di bawah seksyen 13 dalam tempoh tangguh itu.
Jika pemohon telah didaftarkan sebagai suatu agensi pelaporan kredit oleh Pendaftar, agensi pelaporan kredit itu hendaklah dalam tempoh enam bulan dari habis tempoh tangguh itu mematuhi sepenuhnya peruntukan Akta ini berkenaan dengan semua maklumat kredit yang dikumpul dan diproses selanjutnya, sama ada sebelum atau selepas tarikh ditetapkan, oleh agensi pelaporan kredit itu bagi maksud menjalankan perniagaan pelaporan kredit itu.
Jika pemohon tidak memohon untuk didaftarkan sebagai suatu agensi pelaporan kredit atau pendaftarannya sebagai suatu agensi pelaporan kredit telah ditolak apabila habis tempoh tangguh itu, dia atau ia hendaklah dengan serta-merta berhenti mengumpul dan memproses selanjutnya semua maklumat kredit bagi maksud menjalankan suatu perniagaan pelaporan kredit, tanpa mengira sama ada maklumat kredit itu telah dikumpulkan atau diproses selanjutnya sebelum atau selepas tarikh ditetapkan.
Agensi Pelaporan Kredit 79
Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1)
yang terkilan dengan keputusan Pendaftar yang menolak untuk meluluskan pendaftarannya sebagai suatu agensi pelaporan kredit di bawah seksyen 14 boleh merayu kepada Menteri di bawah seksyen 18.
Tempoh tangguh yang diberikan kepada seseorang di bawah subseksyen (1) akan habis tempoh—
dalam hal seseorang yang tidak memohon untuk pendaftaran sebagai agensi pelaporan kredit, pada tarikh habis tempoh tangguh itu; atau
dalam hal seseorang yang telah memohon untuk pendaftaran sebagai agensi pelaporan kredit—
pada tarikh permohonannya untuk pendaftaran sebagai agensi pelaporan kredit telah diluluskan oleh Pendaftar dan suatu perakuan pendaftaran telah dikeluarkan;
pada tarikh penyampaian notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen 14(3) yang menyatakan bahawa permohonannya untuk pendaftaran telah ditolak oleh Pendaftar; atau
pada penentuan rayuannya kepada Menteri di bawah seksyen 18.
Undang-Undang Malaysia 80