Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2024Read it in English

Bahagian IV · Pengurusan Agensi Pelaporan Kredit

20. Modal berbayar minimum

Feedback & support
(1)

Amaun minimum modal berbayar bagi sesuatu agensi pelaporan kredit ialah satu juta ringgit atau apa-apa amaun lain yang ditetapkan dalam perintah yang dibuat oleh Menteri, atas syor Pendaftar, dari semasa ke semasa.

Agensi Pelaporan Kredit 27

(2)

Tertakluk pada subseksyen (4), tiap-tiap agensi pelaporan kredit hendaklah menyenggarakan amaun minimum modal berbayar yang ditetapkan dalam subseksyen (1), dan jika amaun minimum itu dinaikkan pada bila-bila masa, agensi pelaporan kredit itu hendaklah menyenggarakan amaun yang dinaikkan itu dalam apa-apa tempoh yang ditentukan dalam perintah yang menetapkan amaun yang dinaikkan itu, tetapi tempoh itu tidak boleh kurang daripada tiga bulan.

(3)

Tertakluk pada subseksyen (4), tiada seorang pun boleh diberikan suatu perakuan pendaftaran di bawah subseksyen 14(5) dan tiada agensi pelaporan kredit boleh menjalankan suatu perniagaan pelaporan kredit jika modal berbayarnya yang tidak terjejas oleh kerugian atau selainnya adalah kurang daripada amaun minimum yang ditetapkan dalam subseksyen (1).

(4)

Jika modal berbayar minimum sesuatu agensi pelaporan kredit adalah kurang daripada amaun minimum yang ditetapkan pada bila-bila masa di bawah subseksyen (1), agensi pelaporan kredit itu boleh, dengan persetujuan bertulis Pendaftar dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan oleh Pendaftar, menjalankan perniagaan pelaporan kredit itu.

(5)

Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Penjalanan Perniagaan Agensi Pelaporan Kredit

Bahagian VI

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules