Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian V · Penjalanan Perniagaan Agensi Pelaporan Kredit
22. Pengumpulan maklumat kredit
Feedback & supportTiada agensi pelaporan kredit boleh mengumpul apa-apa maklumat kredit mengenai seseorang pelanggan, melainkan jika—
maklumat kredit itu dikumpul untuk suatu maksud khusus dan sah yang berhubungan secara langsung dengan suatu aktiviti agensi pelaporan kredit itu dan tidak boleh diproses selanjutnya mengikut apa-apa cara yang tidak selaras dengan maksud itu;
pengumpulan maklumat kredit itu perlu bagi atau berhubungan secara langsung dengan maksud itu; dan
maklumat kredit itu adalah mencukupi tetapi tidak berlebihan berhubung dengan maksud itu.
Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Agensi Pelaporan Kredit 29
Pengumpulan dan penggunaan maklumat kredit oleh suatu agensi pelaporan kredit di bawah subseksyen (1) tidak menghendaki persetujuan pelanggan yang berkenaan.