Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian VI · Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan
32. Pemeriksaan sistem data
Feedback & supportPendaftar boleh menjalankan suatu pemeriksaan terhadap mana-mana sistem data yang digunakan oleh agensi pelaporan kredit bagi maksud memastikan maklumat untuk membantu
Pendaftar membuat syor kepada agensi pelaporan kredit yang berkaitan berhubung dengan penggalakan pematuhan peruntukan
Akta ini oleh agensi pelaporan kredit yang berkaitan itu.
Bagi maksud seksyen ini—
“agensi pelaporan kredit” termasuklah pemproses maklumat kredit;
“sistem data” ertinya apa-apa sistem, sama ada berautomasi atau selainnya, yang digunakan, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, oleh agensi pelaporan kredit bagi pemprosesan maklumat kredit, dan termasuklah apa-apa dokumen dan kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada sistem itu.
Agensi Pelaporan Kredit 47