Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian V · Pelucuthakan
37. Pemeriksaan ke atas pesalah
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bilamana dua orang atau lebih dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah boleh menghendaki seorang atau lebih daripada mereka itu memberikan keterangan sebagai saksi atau saksi-saksi bagi pihak pendakwa.
Mana-mana orang yang disebutkan dalam subseksyen (1)
yang enggan mengangkat sumpah atau menjawab apa-apa soalan hendaklah diperlakukan mengikut cara yang sama seperti saksi yang enggan berbuat sedemikian itu diperlakukan oleh suatu mahkamah.
Tiap-tiap orang yang dikehendaki memberikan keterangan di bawah subseksyen (1), yang pada pendapat mahkamah, membuat penzahiran yang benar dan penuh tentang segala perkara yang berkenaan dengannya dia diperiksa, adalah berhak mendapat perakuan tanggung rugi yang ditandatangani oleh pegawai pengetua mahkamah yang menyatakan bahawa dia telah membuat penzahiran yang benar dan penuh tentang segala perkara yang berkenaan dengannya dia telah diperiksa, dan perakuan itu hendaklah menjadi
70 Undang-Undang Malaysia AKTA 340
galangan kepada segala prosiding undang-undang terhadapnya berkenaan dengan segala perkara seperti yang disebut terdahulu.
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai melarang
Pendakwa
Raya daripada menghendaki mana-mana orang yang terhadapnya prosiding telah dimulakan di bawah Bahagian III memberikan keterangan dalam apa-apa prosiding lain di bawah Bahagian III atau dalam mana-mana perbicaraan berhubungan dengan suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau suatu kesalahan Terjadual.
Bahagian VII