Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian V · Pelucuthakan
39. Keterangan agent provocateur boleh diterima
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang, atau peruntukan Akta ini, atau mana-mana undang-undang bertulis lain, sama ada diperbuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa
Akta ini, yang berlawanan, tiada agent provocateur boleh dianggap tidak boleh dipercayai semata-mata oleh sebab dia telah cuba melakukan, atau cuba bersubahat untuk melakukan, atau telah bersubahat untuk melakukan, atau telah terlibat dalam komplot jenayah untuk melakukan, suatu kesalahan dengan mana-mana orang di bawah Akta ini atau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952
atau di bawah mana-mana undang-undang asing yang bersamaan jika percubaan untuk melakukan atau bersubahat itu, atau persubahatan itu, atau komplot jenayah itu adalah semata-mata bagi tujuan mendapatkan keterangan terhadap orang itu berhubungan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, atau berhubungan dengan apa-apa prosiding di bawah Bahagian III.
Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang, atau peruntukan Akta ini, atau mana-mana undang-undang bertulis lain, sama ada diperbuat sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa
Akta ini, yang berlawanan, dan walaupun agent provocateur itu ialah seorang pegawai polis, tidak kira apa jua pangkatnya, apa-apa kenyataan, sama ada lisan atau bertulis, yang dibuat kepada seorang agent provocateur oleh mana-mana orang, termasuk mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah
Akta ini, atau dikenakan tindakan di bawah Bahagian III, boleh diterima sebagai keterangan dan diberikan perhatian dan pertimbangan yang wajar dalam mana-mana perbicaraan kerana sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau dalam mana-mana prosiding di bawah Bahagian III, sama ada perbicaraan itu ialah
72 Undang-Undang Malaysia AKTA 340
perbicaraan orang yang membuat kenyataan itu, atau mana-mana orang lain, atau prosiding itu adalah terhadap orang yang membuat kenyataan itu atau mana-mana orang lain.
Bahagian VII