Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian V · Pelucuthakan
Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian V · Pelucuthakan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada notis, pemberitahuan atau proses lain yang dikeluarkan, disampaikan atau disiarkan, dan tiada perintah, keputusan atau penghakiman yang dibuat, diberikan, dikeluarkan, disampaikan, atau disiarkan, di bawah Akta ini boleh disifatkan tidak sah semata-mata kerana apa-apa kesilapan atau peninggalan dalam perihalan harta atau orang yang disebutkan di dalamnya jika harta atau orang itu boleh dikenal pasti daripada perihalan yang disebutkan sedemikian.
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), jika apa-apa perintah telah dibuat, atau suatu keputusan atau penghakiman telah diberikan, oleh mana-mana mahkamah dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini, apa-apa kesilapan atau peninggalan dalam perintah, keputusan atau penghakiman itu yang berhubungan dengan apa-apa perihalan mengenai mana-mana harta atau orang boleh pada bila-bila masa diperbetulkan oleh mahkamah atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak atau mana-mana orang yang terjejas oleh perintah, keputusan atau penghakiman itu.
Bahagian VII