Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian V · Pelucuthakan

41. Kuasa pegawai polis di bawah undang-undang lain yang berhubungan dengan tatacara jenayah

(1)

Peruntukan Akta ini setakat yang berhubungan dengan kuasa seorang pegawai polis adalah sebagai tambahan kepada kuasa seorang pegawai polis di bawah mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan tatacara jenayah dan tidak mengurangkannya, tetapi jika terdapat apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan tatacara di antara peruntukan Akta ini dengan

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 73

peruntukan undang-undang lain yang sedemikian, peruntukan di bawah Akta ini hendaklah mengatasinya.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (1), peruntukan Kanun

Tatacara Jenayah yang berhubungan dengan kuasa seorang pegawai polis berhubungan dengan kesalahan boleh tangkap hendaklah terpakai berhubungan dengan perkara di bawah Bahagian III mengikut cara yang sama seperti ia terpakai bagi kesalahan boleh tangkap.

Report

Bahagian VII

Bantuan Kepada Negara Asing

Bahagian VIII

Schedules