Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015 · As enacted · Penggal 4
62. Seksyen baru 72a
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 72
seksyen yang berikut:
“Perlindungan bersyarat dan obligasi kerahsiaan 72a. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), subseksyen 119(3)
tidak terpakai bagi mana-mana dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan sesuatu institusi yang ditetapkan yang dizahirkan oleh juruaudit sesuatu institusi yang ditetapkan kepada
Lembaga Pengawasan Audit yang ditubuhkan di bawah
Undang-Undang Malaysia 50
Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 atau seorang pegawai atau orang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga
Pengawasan Audit untuk melaksanakan tanggungjawab
Lembaga Pengawasan Audit.
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Seorang juruaudit sesuatu institusi yang ditetapkan tidak bertanggungan—
bagi kemungkiran obligasi kerahsiaan antara juruaudit dengan institusi yang ditetapkan itu berkenaan dengan apa-apa pelaporan kepada Bank yang dibuat dengan suci hati di bawah Bahagian ini; atau
untuk dibawa guaman di mana-mana mahkamah bagi fitnah berkenaan dengan apa-apa pernyataan yang dibuat oleh juruaudit itu tanpa niat jahat dalam penunaian kewajipannya di bawah Akta ini.”.