Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015 · As enacted · Penggal 4
60. Pindaan seksyen 71
Feedback & supportSeksyen 71 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1)—
dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan (d);
dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (e)
dengan koma bernoktah; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:
“(f) terdapat apa-apa kelemahan dalam kawalan dalaman yang berkaitan dengan proses pelaporan kewangan yang dijalankan oleh institusi yang ditetapkan itu; atau
kedudukan kewangan institusi yang ditetapkan itu mungkin atau telah terjejas secara material oleh mana-mana keadaan, penjalanan aktiviti oleh institusi yang ditetapkan itu atau apa-apa kelemahan dalam kawalan dalaman institusi yang ditetapkan itu.”;
dan
dengan memotong subseksyen (2).