Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015 · As enacted · Penggal 4
75. “Standard perakaunan
Feedback & supportBagi maksud seksyen ini—
“penyata kewangan” mempunyai erti yang sama seperti yang dinyatakan dalam piawaian perakaunan yang diluluskan yang dikeluarkan atau diluluskan oleh Lembaga
Piawaian Perakaunan Malaysia di bawah Akta Pelaporan
Kewangan 1997 [Akta 558];
Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)
51
“piawaian perakaunan yang diluluskan” mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Pelaporan Kewangan 1997.
Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah menyediakan penyata kewangannya mengikut—
piawaian perakaunan yang diluluskan tertakluk kepada mana-mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; atau
dalam ketiadaan apa-apa piawaian perakaunan yang diluluskan, mana-mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Jika penyata kewangan sesuatu institusi yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan di bawah subseksyen 33b(1)
untuk menjalankan perniagaan kewangan Islam disediakan mengikut perenggan (2)(a), penyata kewangan itu disifatkan telah disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan setakat yang penyata kewangan itu berhubung dengan perniagaan kewangan Islamnya.”.