7. Penggantian seksyen 6
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 6 dengan seksyen yang berikut:
s 6“Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah
Kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Menteri, tiada institusi yang ditetapkan boleh melantik atau melantik semula mana-mana orang sebagai
Ketua Pegawai Eksekutifnya atau pengarahnya.
Institusi yang ditetapkan hendaklah hanya mengemukakan permohonan untuk kelulusan di bawah subseksyen (1) selepas memohon dan mendapatkan penentusahan Bank bahawa orang itu telah mematuhi kriteria yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama.
Tiada institusi yang ditetapkan boleh melantik atau melantik semula mana-mana orang sebagai Ketua Pegawai
Eksekutifnya atau pengarahnya dan tiada seorang pun boleh menerima apa-apa pelantikan atau pelantikan semula sebagai
Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan, kecuali orang itu telah ditentusahkan oleh
Bank sebagai telah mematuhi kriteria yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama.
Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah memaklumkan
Bank tentang pelantikan atau pelantikan semula Ketua Pegawai
Eksekutifnya atau pengarahnya dalam masa empat belas hari dari tarikh pelantikan atau pelantikan semula, mengikut mana-mana yang berkenaan.”.